Selama aku bekerja bertahun-tahun daripada sejak graduasi dan berkelana di beberapa buah negeri dan bandar-bandar besar. Rasernya tak pernah sekali lagi aku bersua dengan manusia yang aku jumpa di Opis sekarang ni. Negeri Darul Iman, ku kira penghuninya jika tidak penduduk tetap pemastautinnya seharusnya sopan dan mengikut syariat Islam. paling tidak menjaga adab dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Bukanlah aku seorang yang tinggi ilmu agama dan hukum hakam Allah. setitis dua ilmu mungkin ada terselit di akal fikiran kurniaan Tuhan Yang Esa. Tapi konsep mudah yang aku fahami sejak di bangku sekolah lagi, antara lelaki dan perempuan bukan muhrim tiadalah boleh bersentuhan kulit kerana itu adalah satu DOSA. Jika pelakunya seorang Lelaki dengan SENGAJA dan memang menunggu kesempatan yang ada untuk sesuka hati menyentuh seorang Perempuan, memang Lelaki itu sengaja mahu menambah koleksi DOSANYA. (mungkin pahalanya dah menggunung tinggi - itu perkiraan aku)
Lama dah aku perhatikan gelagat hamba Allah ni.. Dari suka mengusik-ngusik, buat-buat terlanggar tangan dan kadang-kadang tanpa segan silu mendepakan tangan di laluan seolah mahu memeluk. Pada mulanya aku tidak mahu usnuzon. bersangka baik lah sesama Muslim. Mungkin Hamba Allah ni mau bergurau. Tapi gurauan antara Lelaki dan Perempuan sememangnya ada batas. Bukan sesuka hati boleh bertepuk tampar. Kita semua ada anutan. Islam nama agama kita. Islam kah yang mengajar kita menjadi sedemikian rupa?
Sampaikan aku dah jatuh kategori dapat nervous shock setiap kali hamba Allah ni melintasi ruang tempat duduk aku kat pejabat. Setiap kali dia datang walaupun niatnya untuk menyerahkan dokumen sekalipun, aku memang dah agak pasti dia datang dengan niat mahu menyentuh pipi kalau tidak buat-buat aksi nak menyentuh di bahagian lain.
Dan hari ini dalam Sejarah, apabila hamba Allah yang sememangnya berusia dari aku tu datang dan tak semena-mena MEMEGANG TANGAN AKU. Well, mungkin pada sesetengah pandangan orang.
" Alah, pegang tangan je pon, bukan luak ape"
Tapi pada aku, ya- pada aku yang telah diperlakukan oleh lelaki bukan muhrim dengan niat ape yang ada di kepalanya. ape aku rasa?
" Maruah aku sebagai perempuan Islam dicarik-carik oleh seorang yang Islam juga ku kira agamanya. Jangan disebabkan aku tidak punya suami sebagai pelindung dan dengan status perempuan bujang aku boleh diperlakukan oleh sesiapa dengan sesuka hati. Mungkin nampak kes nya kecil kerana cuma dipegang di bahagian tangan. Tapi kita tak tahu apa lagi yang berani dilakukan oleh Hamba Allah itu dilain waktu?.
Aku hanya termampu meninggikan suara dan bertanyakan Hamba Allah itu kenapa memperlakukan aku sebegitu"
Pantas dia berlalu meninggalkan kawasan tempat dudukku dan juga teman ku yang tempat duduknya bertentangan denganku dan juga merangkap SAKSI kejadian.
Perlakuannya pada aku bukan kecil, tapi meninggalkan kesan trauma besar. Dia tidak meminta maaf. Dan tidak pula berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.
Ya, mungkin aku beremosi (kata sesetengah lelaki). Satu sahaja soalan aku kepada mereka-mereka ini. Andaikata saudara perempuan mereka diganggu sebegitu di pejabat, diluar pengawasan mereka. adakah mereka juga beranggapan itu perkara biasa, nakal seorang lelaki? Mereka rela saudara perempuan mereka diperlakukan sebegitu?
Kesan-kesan yang tidak nampak
- -gangguan emosi apabila terserempak di lain waktu (dibuatnya tgh solat sorg2 di surau Hamba Allah tu pon masuk surau..camne?
- -Tidak dapat fokus sekiranay diberi tugasan bersama
- -pandangan masyarakat/rakan sekerja yang sememangnya bakal menyalahkan perempuan bukannya pihak lelaki walopun lelaki yang menggatal.sementelaan lelaki berkenaan sudah berumahtangga. silap-silap yang perempuan ni pulak dituduh nak goda laki orang. Nauzubillah.