Wednesday, March 31, 2021

Bergulir waktu

 Cepatnya putaran bumi dewasa ini.

Sungguh, sampai aku sendiri pon tidak tahu apa yang telah aku lakukan.

Tahun lepas di kala ini masih terkial dengan norma baharu bertopeng segala keluar rumah. Tahun ini masih terlalu banyak yang diusahakan tapi tampaknya tiada apa-apa yang berbekas di sanubari.

Juga aku terlupa pada usia yang makin bertambah, pada ajal yang kian menghampiri, pada uban yang memutih. Guliran waktu ini seolah mengalpakan manusia-manusia sepertiku.

Mahu apa aku akan kehidupan sementara ini. Kerna lagak dan aturan ku seolah pincang dan terkurang di mana-mana. 

Tidak, sesekali tidak pernah ku bandingkan hidupku dengan yang lain.

Wednesday, March 17, 2021

nasihat dan inhatan dan teguran buat diri ini

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci
.
1.    "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap. 
.
2.    "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.
.
3.    "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.
.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
.
أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون
.
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].
.
Kredit : Dr. Kamilin Jamilin