Kita
sering menyalahkan takdir. Takdir yang membataskan masa kita dengan
seseorang yang istimewa. Dan takdir jugalah yang dipersalahkan
bilamana ada nya perpisahan. Bukan sahaja dengan orang yang yang
tersayang tetapi dengan orang yang banyak pengalaman dari segi
kehidupan dan juga kerja.
Kita
sering beralasan tidak mempunyai masa yang cukup. Ketiadaan ruang
dalam mempelajari sesuatu dan bermacam-macam lagi rekaan alasan yang
lain. Sedangkan Tuhan telah berikan masa selama 24 jam sehari dalam
kita membuat perancnagan menentukan hala tuju hidup kita.
Apabila
kita sering beralasan maka jadilah kita insan yang ketinggalan.
Apabila ada seseorang yang berharga di sisi tidak kita pedulikan.
Apabila orang tersebut pergi meninggalkan kita, barulah
terhegeh-hegeh kita menyesal dan merungut tidak sempat mencedoh ilmu
dan menunjukkan kasih sayang dan perasaan kita terhadap mereka.
Sesungguhnya
kita ini manusia yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang kita
ada.dah terhantuk baru nak mengadah.