Monday, December 23, 2024

359/366

 

Tahun 2024 semakin hampir melabuhkan tirainya. Coretan ini ku kira mungkin yang terakhir untuk tahun 2024. Tiada apa-apa yang membanggakan untuk aku kongsikan. Cuma aku perlahan-lahan belajar untuk berdamai dengan takdir.

Klise sangat bunyinya kan. Perkara yang paling aku dapat asimilasi dengan tabiat-tabiat yang mungkin dilabelkan sebagai tebiat orang tua. Ye, menuju ke situ lah aku sekarang.

Aku tidak sesekali melabelkan aku dalam fasa kemurungan kerana aku tiadalah meratapi kehidupan aku selama 43 tahun ni yang sebulan lebih lagi bakal merubah ke angka 44 mengikut Tahun Masihi. Aku pilih untuk lebih banyak menjauhi manusia dek kerana kuota di pejabat sudah terlalu penuh dan belum lagi dikira kuota berinteraksi dengan manusia lain di telefon pintar. Kerana itu aku kepingin untuk membela seekor makhluk berbulu yakni kucing tapi peraturan kediaman aku pula tidak mengizinkannya menjadi kenyataan.

Semua ini memang aku salahkan pada virus Covid-19 yang telah meragut keinginan aku bersosial secara nyata dan realiti. Labellah aku sebagai manusia pelik atau jelik tapi itulah bahananya aku terbawa-bawa kehidupan survival keseorangan selama hampir 3 bulan awalnya itu. Setiap hari kucing-kucing jiran datang ke rumah seolah mereka datang nak pastikan aku masih bernafas agar mereka tak ‘miss soru’. Hehehehe.

2020- Tahun yang gelap dan membawa malapetaka berterusan sehingga aku tidak mampu melenyapkan rutin dan kesan trauma. What a pathetic person I am. Kena jumpa pakar psikologi gamaknya! Setiap detik kalau teringat pasti aku tidak lupa menitipkan doa agar Tuhan yang Esa tidak meragut nyawaku melalu Izrael tanpa sesiapa di sisi. Tak ke bertentangan dengan prinsip aku nak elakkan manusia tapi aku berdoa agar matiku di sisi manusia lain. Maafkan aku Ya Allah.

2024- Aku Berjaya turunkan berat sehingga beratku hampir ke BMI Normal iaitu 25.3 tapi tewas hanyut ke laut dalam menjelang akhir 2024 ini. Hampir putus asa atau terlalu selesa dengan ubat bekalan doctor sampai aku sudah seakan hilang motivasi diri nak menyihatkan diri sendiri. Lupa jika terlantar itu nanti bisa membutuhkan pertolongan manusia juga. Tuhan telah memberi teguran memberi petunjuk aku sahaja yang masih tersesat di alam dunia ciptaan aku sendiri.

Kerjaya aku pula masih di takuk membawah. 5 tahun di sini kebergunaan aku semakin merosot dan aku mengakui aku tidak dapat mengasah skil baru atau mendapat ilmu baru. Sekadar pergi kerja dan menunggu untuk touch out untuk pulang. Bazir masa, wang dan kudratku. Permohonan tukar ku masih di takuk sama. Tiada kepuasan di sini ditambah elemen-elemen negatif yang berleluasa yang seolah diamalkan semenjak zaman Firaun. Ampuni dosaku Ya Tuhan. Keluarkan aku dari Gedung janaan dosa ini. Mau tak berdosa hari-hari mengutuk bila tidak selari dengan norma-norma kehidupan aku. Mungkin inilah penyebab lebel stress aku meningkat.

 Dari segi peningkatan skil aku akui ada beberapa perkara yang aku rasa aku jauh tertinggal dalam era MADANI globalisasi dewasa ini. Masih belum mengerti ap aitu Atificial Intelligent (AI) dengan sepenuhnya. Masih merangkak dalam menggunakan aplikasi Canva, CapCut apatah lagi Aplikasi TikTok dan juga terma-terma yang digunapakai ummah. Sangatlah aku naif dari segi itu. Otak makin berkarat dengan lompong waktu yang kurang diisi dengan bacaan kitab Quran dan juga bahan ilmiah lain. Sesungguhnya aku rindukan waktu menelaah untuk menduduki peperiksaan semester di universiti.

Bangga dan aku tanpa henti mendoakan kejayaan orang sekeliling aku agar lebih Berjaya dan sejahtera dalam mendepani kehidupan mereka. Cukuplah aku berbakti sedemikian rupa. Aku yakin kejayaan mereka adalah hasil usaha yang gigih dan tanpa jemu mereka dan berbaloilah dengan apa yang mereka kecapi. Doa untuk kalian InsyaAllah dalam setiap penghujung solatku.

 

Tiada lagi tetapkan apa yang ingin dicapai tahun 2025 (bukanlah kerana aku tiada harapan hidup) tapi aku rasa seolah mempersendakan diri sendiri dengan 1001 macam perancangan dan target yang jarang sekali tercapai. Aku bahagia dengan cara aku.

 

Hidup ini Hidup Aku

-     

Sunday, December 15, 2024

Bersihkan Sawang

 Assalamualaikum.

Harini keje macam biasa. Baki 15 hari lagi (lebih kurang 2 minggu) untuk menjengah ke Tahun 2025.

Tak payah cerita kisah azam dan goal tahun 2024 sebab macam dah terlupa. Faktor usia mungkin.

Tahun 2024 ni dijalani dengan awalnya menjaga kesihatan dan lama-kelamaan ke lautan dalam. Lalu dipanjatkan doa agar tiada apa-apa kemudaratan yang melanda diri ini.

Semoga kita semua sihat-sihat belaka dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan

Saturday, September 17, 2022

Taste Bud

 

Mi Goreng Ringkas


“Kalau letak gula sikit lagi sedap ni,” Acik Esah mengomen selepas satu sudu mi goreng masuk ke dalam mulutnya.

“Kurang pedas la. Tak selera nak makan kalo tak pedas ni. Kita buat cili potong la ek.  Ade cilipadi?” laju sahaja Jannah menuju ke arah peti ais dan menyelongkar isi dalam mencari cilipadi.

 

Kadang-kadang aku respek betol dengan tukang masak di kedai makan/restoren/hotel. How they could satisfy people’s taste. Yelah kalau tak, mesti lingkup bisnes bos masing-masing kan.

Mi Goreng yang aku masak pagi ni untuk sarapan sangat simple, tiada sayur (ade salad n kubis pepel je dalam peti ais), telur boleh plak aku lupe nak letak. Hahaaha. But it suited well my craving mii goreng basah yang agak masam-masam. Kalau ikut undang-undang arwah Mak We (Tok ) aku kene letak air asam jawa. Tapi sebab MALAS nak ramas-ramas asam jawa tu aku ambil pendekatan paling senang tuang sos tomato cap Heinz.

Entry kali ni sebenarnya sebab masa aku menyuap mi goreng tadi aku teringat akan seorang acik ni. Dia punya judgemental pada aku sangat extreme. Mula-mula aku tak perasan sangat sebab dasar menghormati orang kertu ni membuatkan aku mengiyakan apa sahaja yang keluar daripada mulut beliau. Sehinggalah tahap komen/komplen beliau mula ketara saat aku memuji masakan beliau. Masakan signature kampung beliau la.

Pada waktu tu aku dah start rasa pelik sebab aku puji sedap n cakap tak pernah makan menu macam tu, tapi dia membalas dengan kutukan orang negeri aku tahu makan umbut kelapa buat kari. Sedangkan seumur hidup aku ni la tak pernah pulak aku makan menu tu. Kutukan tersebut beserta mengejek-ngejek rakyat negeri kelahiran aku. Berpakej kau!!

Nampak kan, betapa perihal makanan dan kesukaan seseorang menjadi ejekan dan juga kutukan. Akhirnya aku mendapat tahu betapa acik tersebut tidak suka orang negeri aku. Sebab ade sejarah tak best related perkahwinannya. Oke Titik.

 Makanan semua tu kan rezeki Tuhan. Jangan dikutuk, tidak suka tak mengapa. Kegemaran orang jugak jangan dipertikai asalkan yang dimakan itu masih halal hukumnya.

 As simple as that.

 

Chill

Cik As pagi Ahad sambil tengok SUKMA2022


Wednesday, January 12, 2022

Kisah Kuarters Kerajaan

 Perasan sangat start 3 Jan 2022 untuk kategori Kelas F tu dah hilang no giliran menunggu sis.

yang display kat sistem SBBPH tu just kategori Kelas E yg ade ribuan nombor lagi.

duk tunggu2 call ke emel ke haram la xde plak.

yg ade call dr pemaju nak jual umah kat presint 18. hahaahahaha.

skali tadi elok msk lif nak turun ke parking fon bunyi tertera nombor BPH Kuarters. sudah la, lif tgh turun sis jawap mmg x de line la jawapnya.

sampai kat P2 dah call blk x berangkat pulok no tu.

so esok la sis try call lg. harini penuh padat kepala denga meeting perolehan untuk 2 kem.

kalut pasal profail lagi dgn sana sini psl tiket flight nak out station.

Saturday, November 6, 2021

Kuarters Kerajaan


Assalamualaikum. 

Yeszaa Sis memang penjawat awam. Betul la tu. Now penjawat awam persekutuan lah. Sebelum ni sis penjawat awam Badan Berkanun Persekutuan di bawah KPKT almost 10 years.

Oke cut the story just nak share berkenaan permohonan sis ni. Memandangkan teringin nak duduk beralamat rumahkan Putrajaya sis pon memohon lah Kuarters ni pada bulan Mac 2020. Sis posting bulan Nov 2019 tapi disebabkan banyak nau perkara yang slow dan sis pon rilek2 chill je berkenaan HRMIS yang masih tak putus sandang la tak hapdet la. (Kes sis sebab tukar jawatan lain dijabatan lain). Jadi proses up date HRMIS tu lama sket. selagi tak update HRMIS tu memang tak dapek la nak mohon Kuarters ikut lokaliti penempatan baharu ni.

So Sepanjang tahun 2020, sorang kawan sis bagi idea untuk buat statistik no giliran permohonan Kuarters ni bergerak. Yelah musim PKP kan masa tu. Memang liat la nombor nak bergerak sebab kene kurung kat rumah tak boleh move around, apatah lagi nak pindah rumah.

Kalau ikut Gred Sis Kelayakan untuk Kuarters Kategori E tapi BPH offer downgrade untuk kategori F. Janji ade spot oke la downgrade pon. Plus kategori E tu masa awal2 mohon no menunggu adalah 7000 ribu lebih compared kategori F dalam 3000 sahaja. Lagipun untuk penjawat awam yang bujang ni tak yah mimpi lah dapat rumah landed (start kategori E) sebab x layak Senah oi. Yang bujang2 dia bagi kuarters kayangan yg bertingket2 tu. #Anotherdiscrimination

Nak di jadikan cerita no giliran sis bermula bulan Nov 2021 ni dah 156 tuk kategori F. And out of nowhere lepas balik dari Kem Selasa aritu sis baru perasan kate ade emel daripada Puan Roslina Harun dari bph mintak respond. Iye, suh respond masih berminat lagi ke idok dengan Kuarters dan diminta reply emel dan juga update permohonan di sistem SBBPH. 

So laju sis hapdet sistem dan reply emel Puan Roslina tu sementelah sis call 5 kali x berjawap. Sebab syarat reply respond dlm masa 7 ahri dari tarikh emel tu.

So starting 3 Nov sampailah hari ni sistem SBBPH tu masih x berupdate no giliran. waiting for a good news. InsyaAllah.

Thursday, July 8, 2021

2020 -2021

 Assalamualaikum

Walaupun belum habis lagi takwim 2021 ni, tapi kalau ditanya pada Cik As, aku takde mood dah oi. Mood nak merancang masa depan (Macamlah sebelum-sebelum ni merancang sangat!).

Rancangan balik kampung nampak macam tak de khabar berita. Selangor kekal di Fasa 1 dengan kes harian semalam 4k lebih. Kadar vaksinasi di Selangor untuk dos kedua pon masih bawah 10%. So jangan tanya Cik As lah dah vaksin ke belum. Elok-elok mental health aku normal ni kang jap lagi datang anxiety dengan pakej2 lain pulak.

Cik As tak delah nak pasang bendera hitam dan laungkan2 hashtag kerajaan gagal ke ape ke. That one is not my forte. Yelah just like ordinary citizen, keje komen dan merungut pasal kehidupan ni memang a non stop action. 

Betol, kalau korang tak percaya bolehlah buat list dari pagi tadi korang bangkit dari tido tu ade ke x merungut waima sebesar hama? yeee keeee x merungut? membongak sangat.

Kau bangkit tidur tu sebab alarm fon bunyi pon kau dah mengeluh, " Apsal la cepat sangat Subuh ni. Aku baru je letak kepala kat bantal tadi". Paling tidak, " Ya Allah, ari baru dah? Arghhhh"

Itu belum kau bangun nak ke bilik air segala kan.. Ada orang cakap kalau kita suka merungut pasal satu-satu perkara dan tak bersyukur dengan Kurniaan Tuhan. Memang akan diberikan kita perkara-perkara untuk dirungutkan sepanjang hari macam tu. Tak sure la ada hadith ke apa. 

So berbalik pada tahun 2020-2021 ni Cik As rasa berbakul-bakul dah rungutan yang keluar dari mulut, dari jari-jari yang menaip dan apa-apa idea yang terdetik di otak dan terlintas di hati perihal keadaan pandemik, perihal tak boleh balik kampung, tak boleh pergi kerja dan tak boleh pergi jalan-jalan. Too much la letih gak kan. dulu2 Cik As suka bebel kat kucen jiran yang datang umah tapi sejak dia buat pasu Cik As jadi tempat dia mengeram telur dia. sampai mampus pokok bayam brazil tu. Memang method dia tuka kepada kawan-kawan lah tuk tadah telinga or kene baca di wassap.

Nasib la.. aku x de anak, laki yang boleh dibebelkan. Housemates semua agak mental, sebab apa aku cakap mental sebab diorg ni ade banyak masalah personal yang sekejap-sekejap diorang pegi balai polis buat report itu ini. Entahlah budak-budak zaman sekarang ni memang saje menambah keje polis. 

2021 ni tinggalnya dalam 5 bulan lebih je lagi,

Ade few things yang Cik As masih harap akan selesai dan jadi kenyataan. Doa dan usaha masih giat dijalankan. Jadi ke idok Tuhan yang tentukan.

ADIOS

Monday, July 5, 2021

PKPD - Mukim2 Selangor terpilih dan kawasan WPKL terpilih

 Assalamualaikum.

Suka Cik As nok kabo kawasan umoh ambe nim masuk kawasan PKPD- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (celoh mana ketat dok tahu lah)

Sebab ape kate gitu sebab kalu ambe kene gi jabak same je laluan mcm PKP total lockdown. tadok polis laluan tu. cume surat je hok baru peseng lain la tajuk surat opis buwi ke set2 hok terlibat PKPD.

Selangor bukan keseluruhan ni start PKPD 3 julai 2021 sapa lah 16 Julai 2021. Hor la 2 minggu. cume hok sedak sket dengor masa PKPD nim surat MITI set2 kilang x laku doh. makna kate saknim set dia kene WFH la. Kilang barang keperluan hok essential je buleh buke. Cth beras,gula dan lain-lain. Kalu Kilang tepon, kilang wat supek rokrak dokleh buke staram.

Jadinya arinim baru hari ke-4 PKPD. Bekalan makanang ambe Alhamdulillah cukup lagi sebab ambe gi wat gaduh doh belli barang 2hb Julai aritu.😁 Dok gaduh bakpe, beras ambe hok plastik 2 kelo tu tgl dok sapa suku lagi. Ambe gi tuko brand n jenis beras sebab konong2 nok diet etep. Ambe beli Beras Faiza Herbaponi hok sekelo. Sengeleng beli 1kg je sebab niat memang nok gi derrak gok poseng sebelum abis PKPD. Letih jugok mainang duk ulang alik bilik, dapur,ruang tamu, pagor rumoh.

Sambil-sambil tu musim PKPD ni Selangor napok rancok doh duk injek orang tu. PPV banyok buke hok mega. Ambe pon wat gaduh isi lake mana-mana Google Form hok nitah di wassap tu. sambil-share dengan staff ambe. Bukang nape, ambe 3 ketol je di Department ambe tu dok buleh2 tarikh vaksin tu. Natam nguh la.. set2 lain paling busuk buleh doh 1st dose AZ. Ambe berebut gok ritu dok lepas tarrang daftar. Tadok rezeki ar tu.

Ni pong baru lepas Mesyuarat atas talian ni mesorat perolehan. Letih mesorat ni kalu jadi setiausaha. Walaupun pagi-pagi takdi nyaris doh carrut ke sorang gawwa nim. Spoil mood kita wei.. Ni sambil2 lulus permohonan staff di SPOTME sambil kita naip di blog. Sebab free doh masa, boss kate dakpe kalu kije siap doh pah nokwat kije personal meto. Nulih blog bukang 4 jam pong.

Gitu ar. 

Kire Beres ar deh.

Sunday, June 20, 2021

PKP 3.0 Minggu ketiga

 Hari 172/365

Hari ke 21 PKP 3.0

Masih dalam mood BDR. Total lock down barangkali buat kawan-kawan lain. Rutin aku masih sama dari bermulanya PKP 1.0 tahun 2020.

Hadir bila-bila masa sahaja ke pejabat yang lebih kurang 7km dari rumah. Ye, aku merentas negeri. Desa Pinggiran Putra ni dalam daerah jajahan Sepang walaupun alamat surat menyurat adalah Kajang ye poskod 43000.

Perlu merentas masuk ke Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana opis aku di Putrajaya Presint 1 sana.

Kadang-kadang ada jugak datang setan berbisik/memberi ilham supaya berdengki dan mengungkit kenapa aku yang gred bawahan ni seringkali lah dipetik itu ini untuk hadir ke pejabat di musim pandemik ni.

Alasan yang biasa

  • Bujang - Yelah tiada tanggungjawab katenya. Kau takde anak suami/isteri nak dijaga di rumah. Kalau ke pejabat golongan bujang ni dilabel kebal covid19. atau lebih zalim lagi, kalau ditakdir Tuhan kau dijangkiti sekalipun tiadalah membawa kemusnahan manusia sebab mereka semua beranggapan kau duduk sensorang je kat rumah sewa kau tu.
  • Dekat - Daerah/negeri lain kot. Yang tinggal di Kuarters Putrajaya tu kira-kira tak masuk list sebab dia bukan dari kategori pertama di atas
  • Makan Gaji Buta - Dia assume kau tido makan tengok tv kat rumah.
Aku oke je dapat arahan setakat suruh hand over apa-apa report or dokumen pada manusia di HR tu. boleh la amik kesempatan makan merapu sket (read: fast food). 

Nothing more to share saje je lama tak menulis kat blog.

Wednesday, March 31, 2021

Bergulir waktu

 Cepatnya putaran bumi dewasa ini.

Sungguh, sampai aku sendiri pon tidak tahu apa yang telah aku lakukan.

Tahun lepas di kala ini masih terkial dengan norma baharu bertopeng segala keluar rumah. Tahun ini masih terlalu banyak yang diusahakan tapi tampaknya tiada apa-apa yang berbekas di sanubari.

Juga aku terlupa pada usia yang makin bertambah, pada ajal yang kian menghampiri, pada uban yang memutih. Guliran waktu ini seolah mengalpakan manusia-manusia sepertiku.

Mahu apa aku akan kehidupan sementara ini. Kerna lagak dan aturan ku seolah pincang dan terkurang di mana-mana. 

Tidak, sesekali tidak pernah ku bandingkan hidupku dengan yang lain.

Wednesday, March 17, 2021

nasihat dan inhatan dan teguran buat diri ini

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci
.
1.    "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap. 
.
2.    "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.
.
3.    "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.
.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
.
أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون
.
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].
.
Kredit : Dr. Kamilin Jamilin

Saturday, October 22, 2016

budget 2017

When Prime Minister Pok Jib announced that Government of Malaysia agreed to award gred pelaksana dengan scholarship and cuti bergaji penuh for furthering study, it just a bless. Thanks You Allah.

Ye im not event finish my diploma yet. Insyaallah by Mei 2017 i'll completing my diploma. just wonder where i need to further. either still in Uitm or pursure in other Uni such as UPM or UKM. which nearer from my house and office. good thing is UPM is offering PLK.

it just a matter. tengoklah kan. if im taking risk i'll be doing my degree with UTM. hahahahaah. tak ke gile namanya tuh

people keep on labelling me as too rajin to study. it's not rajin issue actually. it just i've been in a condition when i think i got nyanyuk already or maybe my brain doesnt work well.

i enter toilet when finished my business i cant remember where i am!!

then after that i started to read n read n listening to a lecture. yes icant deny that my hobby since my 5th year old is READING. at that time reading cartoon in newspaper is a MUST. ye lah my late dad never failed to buy 2 different newspaper every single day. juts after his dismissed my mum cut off the budget and sometimes when i have extra pocket money i do buy newspaper.  during that time utusan online starting to appear. thanks god.

So dont ask me why i love to study n love to reads. it's just my DNA i think.

Monday, January 4, 2016

Memilih dan dipilih dan bukan tangkap muat

Assalamualaikum.

Salam Tahun Baru Masihi 2016 ( i need to state that if not somebody will bash me because being kafir to celebrate new year eve). Saya masih Islam dan tak menyambut tahun baru cuma negeri tempat saya bekerja menjadikan hari tersebut sebagai cuti umum. 

Tahun baru masehi dan kebanyakan orang berlumba-lumba membuat resolusi baru untuk dicapai bagi mencabar diri sendiri dan sesungguhnya dengan tercapai perancangan mereka pastilah mereka berjaya dan gumbira.

Tidak kurang juga masing-masing mengenang sejarah 2015 yang telah berlaku dalam kehidupan mereka. Pahit, manis, payau, kelat dan masin sekalipun Alhamdulillah telah ditempuhi samaada dengan jayanya atau dengan gagalnya. Itulah namanya kehidupan. seiring dengan tahun yang bertukar ganti sementelaah pula dengan usia. 

Disebabkan manusia sekeliling yang cukup mengambil berat dan kadang-kadang berat untuk kita terima keperihatinan mereka ini soalan-soalan cepu emas mengenai status diri, perkahwinan,penambahan cahaya mata dan yang pastinya tak ada pulak yang bertanya bila nak mati? Sebab yang bertanya tu lupa semua perkara berkaitan rezeki, jodoh dan ajal adalah rahsia Allah swt. Jadi janganlah ditanya manusia-manusia ini kerana jika mereka adalah ahli nujum pun belumlah tentu betul ramalannya itu.

 Tahun 2016 ke 2017 ke waima tahun 2020 ke semua tu adalah milik kita seandainya kita diberikan rezeki oleh Pencipta untuk menikmatinya. Jadi seandainya kita yang dipilih, maka berusahalah untuk menjadikan tahun-tahun itu semua baik dan menyenangkan bukan sahaja untuk kita malah juga untuk insan-insan di sisi kita. Kehidupan kita, hanya kita yang mampu memilih yang mana baik dan memilih untuk membuang yang mana buruk dan janganlah kita hanya tangkap muat momen-momen yang kite aturkan kerana ini adalah hidup kita. Betul Manusia hanya merancang dan Allah jualah yang menentukannya. Tapi Dia tak suruh kita duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa untuk menjalani kehidupan duniawi ini.

Hargailah sisa-sisa hidup dan peluang yang diberikan. gunalah sebaiknya. Dan ciptalah momen-momen hebat dan bermakna untuk dikenang. Mungkin bukan hanya untuk kita tapi juga buat insan-insan yang disekeliling yang turut merasai momen hebat itu. Akhir kata, hayatilah lagu Fauziah Latif dalam lagunya "Tua mengejar kita"
Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa

Tua mengejar
Pasti tiba masanya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua
Makin terpadam semua

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan

Usahlah menunggu
Uban memutih di rambutmu
Cepat-cepat berilmu
Semoga tak menuju di jalan buntu

kredit :  http://www.liriklagu.com/liriklagu_ei/Gee_TuaMengejar.html

Wednesday, December 2, 2015

Kisah kawan Yang bernama Kawan

Assalamualaikum

Selamat Pagi (coretan ini ku mulai seawal 7 pagi)
Alhamdulillah Allah panjangkan umurku dan memberiku hidayah dan jalan untuk aku terus hidup dan merasai nikmat kehidupan. samaada tersakiti, menyakiti atau bahagia mungkin.

Selama 21 hari ini setiap pagi aku berdoa agar hidup ini dikelilingi orang baik-baik, yang positif dan membawa kita ke arah kebaikan. Dan juga doa ku titip agar segala yang buruk-buruk, yang jelik, yang negatif yang jahat lagi keji menjauhi diri ini.

Ternyata selama tempoh 21 hari ini munajat aku kepada Tuhan sedikit demi sedikit membuka pintu hati dan mata bila mana aku melihat teman-teman dan rakan sekelilingku menunjukkan pekung dan sisi diri masing-masing dengan jelas.

Lantas aku kini sudah ketemu jawapan dan merasa tenang dengan perubahan persekitaran yang aku kira aku punya ruang dan pilihan. Antara yang aku belajar selama 21 hari ini:

- Kita kawan sama kawan tapi kenapa kau memburuk-burukkan dia kawan kita. fitnah kau sangat berat.
-Kita kawan sudah lama tapi baru sekarang Tuhan celikkan mata aku melihat wajah sebenarmu. Ikhlas selama ini aku berkawan bersusah bersenang denganmu. tapi kau apabila senang mudah benar melupakan temanmu
- Manusia ini kebanyakannya berkawan kerana sesuatu. mahukan kesenangan.

terima kasih teman.

Thursday, November 5, 2015

Monday, September 14, 2015


Teringat masa aku keje di tanah kelahiranku apabila ada seorang kakak ni seawal pukul 7 pagi dah melemparkan kata-kata berbaur ejekan dan perli maut dekat aku. 
Kejadiannya dia di tingkat 1 mengintai dari tingkap naco, aku plak kat bawah baru kuar kereta. Kakak tu sound bergema kuat lah gelakkan aku siap cakap
" Ingatkan mak Aji mana tadi, tudung labuh sgt mcm telekung sembahyang"
aku buat tak tau je sebab takkan aku nak menjerit dari tingkat bawah plak terpekik macam orang tak siuman kan.

naik-naik je ke tingkat 1 tuk thumb in. Kakak tu dah sedia menunggu dah masih tak habis-habis menceceh perihal tudung aku. Diakui tudung aku hari tu labuh sedikit dari biasa. Kebetulan merembat tudung mak aku sebab nak cepat kan.

Disebabkan waktu masih awal pagi dan aku pun malas nak spoilkan mood aku yang tengah elok bergurindam tasbih dan istighfar je dalam hati.Tapi dah namanya manusia (kadang-kadang aku rase dia tu setan jelmaan manusia-memang panas sangat hati aku time tu).. So aku buat derk aje.

Sampailah bile dia datang menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya kat tempat aku (kakak ni cleaner) dia masih lagi tak puas ati duk komen pasal tudung aku. Dek kerana aku pon iman senipis kulit bawang laju je terpacul dari mulut aku.

" Biar tudung besar kak oi, kurang-kurang saya menutup aurat. Akak ni x sayang laki ke? saya tengok setiap hari duk pakai jeans ketat, tshirt lengan pendek. bukan ape kak. Body cantek n mantap macamana pun kalau kita tak tutup aurat, terbakar jugak dek api neraka tu."

Pandai pulak dia senyap lepas tu. sentap lah tu. Aku sebenarnya bukan bermaksud nak sound dia sampai macam tu sekali. tapi dia kerap sangat komplen baju aku besar, tudung aku labuh, kelakar aku pakai stokin dan macam-macam lagi. Mungkin tak patut lah aku perli dia macam tu. 
Tapi sebenarnya aku kesian jugak kat dia. anak dah besar panjang ( dia sangat bangga sebab dia menikah awal sedangkan aku ni membujang lagi) tapi banyak hukum ahakam tak tahu.

Ni lah konsep, dah abis sekolah terus tutup pintu hati nak belajar ilmu. ilmu agama tu sampai ke tua kene belajar bukan belajar sekadar nak g haji nak gi umrah saje. 

Saturday, July 18, 2015

Perangai

Bila tak ajak cakap aku pilih kawan. Bila ajak langsung tak datang

Monday, June 8, 2015

i hate it

when i know i do have potential of HBP then i dont have enuff rest due to somebody else
i hate it really

when i need to starving when someone keep pushing to complete task n it end up i got severe gastric
i really hate it

when people is selfish i cant be selfish
i hate it

and i just want to cry

Tuesday, May 12, 2015

Penangan media so-sial

kes 1
Bila mana bos anda menjadi salah seorang rakan dalam senarai rakan di FB,twitter dan sbg..
Apabila berkaitan dengan kerja, anda mungkin membuat kenyataan secara general. tapi tetiba ade yang sentap dan fragile dengan status anda dan juga komen2 rakan anda yang lain.. orang tu tak lain x bukan boss anda..
Dilema x add kang sentap, bile add jadilah macam tu.. so moral of the story, add, then block or add then hide all ur status post di wall drpd pembacaan boss anda.

Kes 2
status in a relationship, then out of no where anda melihat status si dia bercuti ke luar negara plak tu, bersama rakan2 dan ade pulak dlm rakan2 si dia terselit sorg pompuan yg dilihat banyak sungguh pose gambar bersama si dia.. opismate katenya.. Yang paling makan dalam, anda langsung tidak tahu menahu tentang trip si dia itu..

kes 3
pejabat anda mereka satu arahan baru iaitu harus share posting official opis anda.. dan anda perlu memberi id media sosial anda supaya boleh dibuat pemantauan samaada anda mengikut arahan atau tidak.. dalam masa yang sama anda wajib share posting dan malangnya anda tidak diberikan apa2 elaun untuk top up internet data mobile anda..jenuh la kan..

kes 4
apabila segala arahan berkaitan pejabat diberikan melalui media so-sial ni..
tengah2 malam kadang2 pagi2 seawal subuh sapee bos anda yang sangat tak reti bahasa dan tidak memikirkan pekerja memberikan arahan bermacam bagai kepada anda di saat anda perlukan rehat dan melegakan fikiran daripada memikirkan hal keje..

kes 5
Di dalam whatsapp group keluarga, apabila ada post atau pendapat golongan2 ekstrem yang muda2 tidak sependapat dengan golongan2 veteran, mulalah pakcik2 anda sentap dan terus left group..
kalau bahagian dia promote tuk anda mendaftar sebagai ahli tegar UMNO tidak pulak dihiraukan perasaan dan kesukaan org lain. org tua kan, asik dia je yang betol..

Tuesday, April 28, 2015

pengalaman

Pengalaman 5 jam di unit kecemasan pada Ahad malam yang lalu:

1 kematian seorang budak lelaki berumur 11 tahun
lebih 5 kes asthma
3 kes sakit jantung
1 kes digigit lipan
1 kes tertelan duit syiling
1 kes terjatuh di bilik mandi -nenek berumur 70 tahun, muke tersembam

membuatkan aku bersyukur dengan kehidupan

Wednesday, April 15, 2015

renungkann barang sejenak cuma

Assalamualaikum..

panas je tajuk kan..
cube renungkan, jika kita seorang ketua
kita diberi peluang untuk membetulkan diri atas setiap kesalahan yang kita lakukan
ye setiap kali berbuat salah, ketua di atas kita masih memberi ruang dan waktu

Tapi kita bertindak sebaliknya terhadap pekerja bawahan kita
kerana kita seorang ketua
ego nya mungkin ke langit tinggi
apakah kita tak reti bersyukur?
dengan berbuat zalim pada yang bawah
sedangkan yang atas sangat baik dengan kita?

Adilkah kita pada kedudukan kita?
renungkan sejenak jika bukan dalam waktu yang lama
 cukup sekadar sejenak cuma sebelum lena abadimu menjengah
sebelum nyawamu dihujung kerongkong
sebeleum terlambat
renungkan