Tuesday, June 17, 2014

Kita yang terleka dan alpa dengan kedudukan dan pangkat

Kita sering menyalahkan takdir. Takdir yang membataskan masa kita dengan seseorang yang istimewa. Dan takdir jugalah yang dipersalahkan bilamana ada nya perpisahan. Bukan sahaja dengan orang yang yang tersayang tetapi dengan orang yang banyak pengalaman dari segi kehidupan dan juga kerja.

Kita sering beralasan tidak mempunyai masa yang cukup. Ketiadaan ruang dalam mempelajari sesuatu dan bermacam-macam lagi rekaan alasan yang lain. Sedangkan Tuhan telah berikan masa selama 24 jam sehari dalam kita membuat perancnagan menentukan hala tuju hidup kita.

Apabila kita sering beralasan maka jadilah kita insan yang ketinggalan. Apabila ada seseorang yang berharga di sisi tidak kita pedulikan. Apabila orang tersebut pergi meninggalkan kita, barulah terhegeh-hegeh kita menyesal dan merungut tidak sempat mencedoh ilmu dan menunjukkan kasih sayang dan perasaan kita terhadap mereka.

Sesungguhnya kita ini manusia yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang kita ada.dah terhantuk baru nak mengadah.



Monday, June 16, 2014

hubungan yg tak pasti

ada macam tiada
dekat macam jauh
teringat tapi macam terlupa

rindu tapi benci

Terima sakit hati aku

Kalau nak diikut sakitnya hati ni, x de perkataan yang dapat gambarkan.
Nak dicacimaki dan dicarutkan pun buek perabih beras je.. dosa pulak yang dapat kan.
Senyum dan ucap Alhamdulillah dengan apa yang berlaku. Allah adalah sebaik-baik perancang. Dan ingatlah manusia2 yang merancang itu, Kamu boleh merancang dengan segala kuasa yang kamu ada di muka bumi, tapi Allah yang menentukan segalanya.

Tuesday, June 3, 2014

Usah beriak pandai menunjuk kehebatan

ketetapan telah tertulis
Takdir sedang berjalan
Impian sedikit kabur
Cahaya pelangi semakin menyinar

Insyaallah...
pasti ade PerancanganNya yang indah untuk diriku

Friday, May 23, 2014

Jangan terjerumus mengikut emosi

Lazimnya kaum wanita sering dituduh sentiasa beremosi dan sering mengikut emosi dalam setiap perlakuan. Rata-rata tuduhan dilemparkan:
' Period la tu' - kalau wanita muda yang dikatakan beremosi
' Menopous memang macam tu, hormon tak stabil' - andai wnaita berumur yang beremosi
' Suami tak balik rumah 6 bulan, paham-paham je la. tak mendapat la tu' - tuduhan kepada wanita berkahwin.

Pendek kata wanitalah yang selalu beremosi dan larut dalam emosinya. sehingga marah-marah, melenting tak tentu pasal dengan orang sekeliling.

Tapi tahukan anda? Lelaki juga sangat emosi...
mood nya juga berubah-rubah. Siapa kata lelaki kalis ditimpa emosi yang berat dan tidak marah-marah?

logiknya, lafaz talak dilakukan lelaki. lebih-lebih dalam keadaan marah.sedih dan sebagainya.

Lelaki juga jika terlebih emosi, akan menangis. dan percayalah. lelaki buruk bila menangis. hahahahahha.

#bukanantilelaki
#pemerhati

Monday, May 19, 2014

Ego Tinggi melangit , takbur x usah dikira

Kadang-kadang apabila kita ditakdirkan bertemu/kenal dengan manusia yang tahap egonya tinggi ke petala langit ke 7, buatkan kita terfikir..

Sampai berapa lama kita nak bersabar dengan manusia sebegini..
Sudah berapa manusia yang sabar dan bertahan dengan golongan sebegini
Jangan nanti riak takbur dan ego melangit itu merudum jatuh menimpa ubun kepalamu
di saat itu aku pasti tiada siapa yang mahu membantumu.

Wednesday, May 7, 2014

Rindu.................

Saya bersyukur pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek... Nama ulama terkenal disemadikan pada nama sekolah yang pastinya bukan pilihan saya.

Daripada tidak bertudung, berseluar pendek/bermuda. saya Dipaksa memakai tudung yang berat (pada saya ketika itu) labuhnya melewati siku dan pada awalnya diserang sakit kepala dek beratnya tudung baru saya itu.

Kami di ajar tidak sewenang bercakap dengan bukan sejantina. waima sepupu saudara kandung sendiri. harus ada yang temankan atau mestilah tidak menimbulkan syak dan fitnah orang ramai.

Kami di ajar menghargai Al Quran di mana setiap pagi kami dibacakan potongan ayat quran beserta tafsirannya. dan kami wajib membuka al quran kita suci Allah.

banyak lagi yang kami diajar dan dididik oleh ustaz dan ustazah. di sana aku mengenal Qiamullail.. Solat Sunat Taubat solat tahajud solat hajat semua itu amalan seharian. 

Sebelum menutup mata untuk melepaskan penat lelah seharian menuntut ilmu kami diwajibkan membaca sura al Mulk.

Itu hanya 3-4 amalan yang saya sebutkan.. banyak lagi amalan yang telah lama saya tinggalkan. Mulut selalu menutur saya kesuntukan masa. Badan selalu merungut penat. Tapi rohani meronta rindukan semua amalan tersebut.

Ya Allah, Kau kuatkan lah semangat dan tebalkan iltizamku untuk kembali meneruskan amalan baik yang suatu masa dahulu aku amalkan.
Kau permudahkanlah Ya Allah.