Thursday, December 25, 2014

antara HRMIS dan LNPT

memang saya hangin bile ade staff tanye HRMIS dgn LNPT tu benda yang berbeza ke?

uols keje 4-5 tahun tapi x tau ape ke benda ke selama ni?

yes, selama ni hidup senang org tolong isikan HRMIS kan..

definitely u dont learn anything

Wednesday, December 24, 2014

kau fikir kau siapa

Kadang-kadang jawatan yang tinggi dijawat bukanlah tiket menunjukkan betapa profesional dan mahirnya seseorang itu.

sebab itulah kita diingatkan supaya sentiasa belajar dan bersedia menerima pendapat rakan sekerja walaupun dia tu berpangkat rendah sekalipun. jangan jadi bodoh sombong kerana aura bodoh tu sangat terserlah pada hasil kerja kita.
buat anggota bawahan gelakkan betapa kita sebenarnya bukan expert dalam tugas kita.
dan jangan sesekali melarikan diri apabila perlu berdepan dengan orang luar/public walaupun dalam keadaan kita tidak menyiapkan tugasan.

Kita mungkin nampak alim tapi kalau kerja kita tidaklah sebagus nasihat2 kita terhadap kawan2 kita tak de gunanya seperti kita tahu perkara tersebut salah tapi kita masih melakukannya.
sangatlah kita berada dalam kerugian

Tuesday, December 16, 2014

Sunday, December 7, 2014

kerja luar daerah aka out station

saya suka keje luar..
sangat suka tapi dgn sayarat duit cukup n x de keje tertunggak di opis..
out station sebulan pon x pe

Thursday, November 20, 2014

it's not easy to be me

Thanks for torturing me with all the difficulties then I know when to turn into

My life is not went well but I promise I could grab the rainbow after all the lightning and heavy rain.

Alhamdulillah

Sunday, October 12, 2014

People deserved new life

rasenya semua orang sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian dalam kehidupan baik dari segi kerjaya kehidupan dan sosial.

so kenapa nak persoalkan kalo seseorang itu nak menambah ilmu?
lantak la org tu habis berjuta pon. itukan kehidupan dia.
itukan pilihan dia. sementelaah dia x guna pon duit orang yang duk mengata tu kan.
dia susah dia senang semua dia tanggung sendiri. lagipun bukanlah dia buat sesuatu yang tak elok dan berdosa.

kalau tak boleh nak support tolonglah jangan menjatuhkan

Wednesday, October 8, 2014

mimpi lagi

second time dah mimpi subang sebelah kanan jatuh / hilang

org tua2 ckp pasangan kite curang

but im not believe it at all
jodoh semua tu keje Tuhan..


Saturday, August 16, 2014

dugaan datang lagi

dalam phubungan perlu Ade kesetiaan
andai datang dugaan hebat melanda
masih kuatkah btahan pada benteng kesabaran yang kian rapuh

Tuesday, June 17, 2014

Kita yang terleka dan alpa dengan kedudukan dan pangkat

Kita sering menyalahkan takdir. Takdir yang membataskan masa kita dengan seseorang yang istimewa. Dan takdir jugalah yang dipersalahkan bilamana ada nya perpisahan. Bukan sahaja dengan orang yang yang tersayang tetapi dengan orang yang banyak pengalaman dari segi kehidupan dan juga kerja.

Kita sering beralasan tidak mempunyai masa yang cukup. Ketiadaan ruang dalam mempelajari sesuatu dan bermacam-macam lagi rekaan alasan yang lain. Sedangkan Tuhan telah berikan masa selama 24 jam sehari dalam kita membuat perancnagan menentukan hala tuju hidup kita.

Apabila kita sering beralasan maka jadilah kita insan yang ketinggalan. Apabila ada seseorang yang berharga di sisi tidak kita pedulikan. Apabila orang tersebut pergi meninggalkan kita, barulah terhegeh-hegeh kita menyesal dan merungut tidak sempat mencedoh ilmu dan menunjukkan kasih sayang dan perasaan kita terhadap mereka.

Sesungguhnya kita ini manusia yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang kita ada.dah terhantuk baru nak mengadah.



Monday, June 16, 2014

hubungan yg tak pasti

ada macam tiada
dekat macam jauh
teringat tapi macam terlupa

rindu tapi benci

Terima sakit hati aku

Kalau nak diikut sakitnya hati ni, x de perkataan yang dapat gambarkan.
Nak dicacimaki dan dicarutkan pun buek perabih beras je.. dosa pulak yang dapat kan.
Senyum dan ucap Alhamdulillah dengan apa yang berlaku. Allah adalah sebaik-baik perancang. Dan ingatlah manusia2 yang merancang itu, Kamu boleh merancang dengan segala kuasa yang kamu ada di muka bumi, tapi Allah yang menentukan segalanya.

Tuesday, June 3, 2014

Usah beriak pandai menunjuk kehebatan

ketetapan telah tertulis
Takdir sedang berjalan
Impian sedikit kabur
Cahaya pelangi semakin menyinar

Insyaallah...
pasti ade PerancanganNya yang indah untuk diriku

Friday, May 23, 2014

Jangan terjerumus mengikut emosi

Lazimnya kaum wanita sering dituduh sentiasa beremosi dan sering mengikut emosi dalam setiap perlakuan. Rata-rata tuduhan dilemparkan:
' Period la tu' - kalau wanita muda yang dikatakan beremosi
' Menopous memang macam tu, hormon tak stabil' - andai wnaita berumur yang beremosi
' Suami tak balik rumah 6 bulan, paham-paham je la. tak mendapat la tu' - tuduhan kepada wanita berkahwin.

Pendek kata wanitalah yang selalu beremosi dan larut dalam emosinya. sehingga marah-marah, melenting tak tentu pasal dengan orang sekeliling.

Tapi tahukan anda? Lelaki juga sangat emosi...
mood nya juga berubah-rubah. Siapa kata lelaki kalis ditimpa emosi yang berat dan tidak marah-marah?

logiknya, lafaz talak dilakukan lelaki. lebih-lebih dalam keadaan marah.sedih dan sebagainya.

Lelaki juga jika terlebih emosi, akan menangis. dan percayalah. lelaki buruk bila menangis. hahahahahha.

#bukanantilelaki
#pemerhati

Monday, May 19, 2014

Ego Tinggi melangit , takbur x usah dikira

Kadang-kadang apabila kita ditakdirkan bertemu/kenal dengan manusia yang tahap egonya tinggi ke petala langit ke 7, buatkan kita terfikir..

Sampai berapa lama kita nak bersabar dengan manusia sebegini..
Sudah berapa manusia yang sabar dan bertahan dengan golongan sebegini
Jangan nanti riak takbur dan ego melangit itu merudum jatuh menimpa ubun kepalamu
di saat itu aku pasti tiada siapa yang mahu membantumu.

Wednesday, May 7, 2014

Rindu.................

Saya bersyukur pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek... Nama ulama terkenal disemadikan pada nama sekolah yang pastinya bukan pilihan saya.

Daripada tidak bertudung, berseluar pendek/bermuda. saya Dipaksa memakai tudung yang berat (pada saya ketika itu) labuhnya melewati siku dan pada awalnya diserang sakit kepala dek beratnya tudung baru saya itu.

Kami di ajar tidak sewenang bercakap dengan bukan sejantina. waima sepupu saudara kandung sendiri. harus ada yang temankan atau mestilah tidak menimbulkan syak dan fitnah orang ramai.

Kami di ajar menghargai Al Quran di mana setiap pagi kami dibacakan potongan ayat quran beserta tafsirannya. dan kami wajib membuka al quran kita suci Allah.

banyak lagi yang kami diajar dan dididik oleh ustaz dan ustazah. di sana aku mengenal Qiamullail.. Solat Sunat Taubat solat tahajud solat hajat semua itu amalan seharian. 

Sebelum menutup mata untuk melepaskan penat lelah seharian menuntut ilmu kami diwajibkan membaca sura al Mulk.

Itu hanya 3-4 amalan yang saya sebutkan.. banyak lagi amalan yang telah lama saya tinggalkan. Mulut selalu menutur saya kesuntukan masa. Badan selalu merungut penat. Tapi rohani meronta rindukan semua amalan tersebut.

Ya Allah, Kau kuatkan lah semangat dan tebalkan iltizamku untuk kembali meneruskan amalan baik yang suatu masa dahulu aku amalkan.
Kau permudahkanlah Ya Allah.

Friday, May 2, 2014

Kemaafan?

Manusia tersebut telah memohon maaf dek kerana dia malu dengan umpatan orang sekeliling.
Aku agak kalo dia x dengar orang menguutk or mengumpat or menegur salah dia haram dia x mintak maaf kan.. mintak maaf melalui sms je pon.

saksi2 aku tetap dengan pendirian mengatakan dia sengaja MEMEGANG TANGAN AKU dan SENGAJA DENGAN NIAT duk nak pegang brooch bunga rose yg duduk elok terletak kat kepala aku.. what the heck "saya x berniat pon, saya bergurau je"

Rendahnya nilai seorang perempuan muslim di mata pelaku tersebut. kalo buat ape2 tanpa niat jadi tak salah? NIAT X MENGHALALKAN CARA..

Ade dia datang mohon maaf dan tak sangka katenya bila buat macam tu depan orang jadi salah..ingatkan salah kalo buat macam tu kalo aku dua org je dengan dia..

ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM... terkedu aku.. sememangnya NIAT DIA SALAH..

aku simpan SMS dia as bukti..

dah jadi takut plak aku nak pegi kerja..

Monday, April 28, 2014

Hari yang sungguh tidak best

Selama aku bekerja bertahun-tahun daripada sejak graduasi dan berkelana di beberapa buah negeri dan bandar-bandar besar. Rasernya tak pernah sekali lagi aku bersua dengan manusia yang aku jumpa di Opis sekarang ni. Negeri Darul Iman, ku kira penghuninya jika tidak penduduk tetap pemastautinnya seharusnya sopan dan mengikut syariat Islam. paling tidak menjaga adab dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Bukanlah aku seorang yang tinggi ilmu agama dan hukum hakam Allah. setitis dua ilmu mungkin ada terselit di akal fikiran kurniaan Tuhan Yang Esa. Tapi konsep mudah yang aku fahami sejak di bangku sekolah lagi, antara lelaki dan perempuan bukan muhrim tiadalah boleh bersentuhan kulit kerana itu adalah satu DOSA. Jika pelakunya seorang Lelaki dengan SENGAJA dan memang menunggu kesempatan yang ada untuk sesuka hati menyentuh seorang Perempuan, memang Lelaki itu sengaja mahu menambah koleksi DOSANYA. (mungkin pahalanya dah menggunung tinggi - itu perkiraan aku)

Lama dah aku perhatikan gelagat hamba Allah ni.. Dari suka mengusik-ngusik, buat-buat terlanggar tangan dan kadang-kadang tanpa segan silu mendepakan tangan di laluan seolah mahu memeluk. Pada mulanya aku tidak mahu usnuzon. bersangka baik lah sesama Muslim. Mungkin Hamba Allah ni mau bergurau. Tapi gurauan antara Lelaki dan Perempuan sememangnya ada batas. Bukan sesuka hati boleh bertepuk tampar. Kita semua ada anutan. Islam nama agama kita. Islam kah yang mengajar kita menjadi sedemikian rupa?

Sampaikan aku dah jatuh kategori dapat nervous shock setiap kali hamba Allah ni melintasi ruang tempat duduk aku kat pejabat. Setiap kali dia datang walaupun niatnya untuk menyerahkan dokumen sekalipun, aku memang dah agak pasti dia datang dengan niat mahu menyentuh pipi kalau tidak buat-buat aksi nak menyentuh di bahagian lain.

Dan hari ini dalam Sejarah, apabila hamba Allah yang sememangnya berusia dari aku tu datang dan tak semena-mena MEMEGANG TANGAN AKU. Well, mungkin pada sesetengah pandangan orang. 
" Alah, pegang tangan je pon, bukan luak ape"

Tapi pada aku, ya- pada aku yang telah diperlakukan oleh lelaki bukan muhrim dengan niat ape yang ada di kepalanya. ape aku rasa?

" Maruah aku sebagai perempuan Islam dicarik-carik oleh seorang yang Islam juga ku kira agamanya. Jangan disebabkan aku tidak punya suami sebagai pelindung dan dengan status perempuan bujang aku boleh diperlakukan oleh sesiapa dengan sesuka hati. Mungkin nampak kes nya kecil kerana cuma dipegang di bahagian tangan. Tapi kita tak tahu apa lagi yang berani dilakukan oleh Hamba Allah itu dilain waktu?. 

Aku hanya termampu meninggikan suara dan bertanyakan Hamba Allah itu kenapa memperlakukan aku sebegitu"

Pantas dia berlalu meninggalkan kawasan tempat dudukku dan juga teman ku yang tempat duduknya bertentangan denganku dan juga merangkap SAKSI kejadian.

Perlakuannya pada aku bukan kecil, tapi meninggalkan kesan trauma besar. Dia tidak meminta maaf. Dan tidak pula berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu. 

Ya, mungkin aku beremosi (kata sesetengah lelaki). Satu sahaja soalan aku kepada mereka-mereka ini. Andaikata saudara perempuan mereka diganggu sebegitu di pejabat, diluar pengawasan mereka. adakah mereka juga beranggapan itu perkara biasa, nakal seorang lelaki? Mereka rela saudara perempuan mereka diperlakukan sebegitu?

Kesan-kesan yang tidak nampak
  1. -gangguan emosi apabila terserempak di lain waktu (dibuatnya tgh solat sorg2 di surau Hamba Allah tu pon masuk surau..camne?
  2. -Tidak dapat fokus sekiranay diberi tugasan bersama
  3. -pandangan masyarakat/rakan sekerja yang sememangnya bakal menyalahkan perempuan bukannya pihak lelaki walopun lelaki yang menggatal.sementelaan lelaki berkenaan sudah berumahtangga. silap-silap yang perempuan ni pulak dituduh nak goda laki orang. Nauzubillah.


Sunday, April 27, 2014

kedekut taik hidung masin (org ckp la)

Dah lama dah aku duk perhatikan ramai betol jenama-jenama manusia yang sangat kedekut ilmu nak share dengan orang sekeliling yang rapat dengan dia.
Tak tahu lah ape masalahnya. Kalo yang jenis meniaga aku paham la (tapi kalo deme kedekut nak share cth: resepi masakan ke) agak2 berkat tak bisnes?
Jenis kalo resepi kita laju je tanye letak ape komen sana sini. tapo kalo yang dia aku rase dh dkt 4 thn aku tunggu dia ckp nanti dia share resepi..

mmg dasar taik idung masin la kan..
macam lah dia yg penat perah idea nak creat resepi tu. kalo kes mcm tudung Fareeda di paternkan tu aku phm la.. hasil cipta dia. ni resepi pon dia ceduk ntah mana2 or dptkan dari siapa. tapi kedekut benor nak share. 
kalo x nak share or x boleh share ckp je.. " ni resepi turun temurun nenek moyang saya. mmg x leh bitau org lain"

kami pon paham kalo serope itew kesnya.. ni idak. kami menunggu serupe nunggu bulan jatuh ke riba.. idak jugak jatuhnya...

dan tak lupe pada yang lain2 yang bukak blog share macam2 tips n petua nak buat kek ke ape ke sampai menjadi.. Banyak pahala korg bile ade yang di luar sana amik rsepi korg masak tuk suami dan anak2 dan jugak sedekah kat jiran2.. haaaa..nampak tak bile kite x kedekut.. pahala pon sampai di luar pengetahuan kita kan.. Subhanallah

Friday, April 25, 2014

APabila manusia tidak reti bahasa

Dah berulang kali diingatkan dan dinyatakan 
Im not interested with U
Saya x suke awak dan x akan suka awak sampai bila2..
Insyaallah hati saya tetap macam ni sampai akhir hayat.
Terima kasih sebab banyak tolong saya.


Pindah lagi??!!!

Oke today is his last day at Kuantan..
Pagi tadi bunyik sedih sangat kan..
baru tadi tgk gmbr kat FB eh eh eh macam seronok plak berjamuan ala2 YB Menteri layan rakyat jelata..
(mek emosi.. kih kih kih)
Yelah tadi bile kite cakap x dapat pegi Kuantan lemau je bunyik.. hiba je..
sampai kite pon x sampai ati...

tua2 jangan nak merajuk sangat lah pakcik oi..
oke then esok kalo ade yang sepsang Batek crepe, i'll buy for u for a gift sbb kene transfer.

eleh.. suke la kan sebab naik pangkat sebenarnya..
Alhamdulillah.

Saturday, April 12, 2014

Apabila mudahnya manusia mengukir janji

Mudah mula mereka memungkirinya
terkadang seperti layak ahli politik pula
bermain kata-kata melobi undi popular

kelaknya diri merana.......

Saturday, March 15, 2014

Kisah di hujung semester seorang pelajar EPJJ

officially class dah abis last 2 weeks..
baki2 tugasan perlu dilunaskan dalam masa terdekat paling tidak esok.

Dalam keadaan genting masa yang tidak kelihatan cukup, maka banyak sungguh dugaan datang mengusik jiwa dan tahap kesabaran.

Ada yang seakan mahu provoke dan menyakitkan hati. tidak kurang yang mengganggu gugat masa yang telah dirancangkan dengan teliti untuk tidak diganggu.

Masih ada manusia yang dijadikan Allah swt untuk menduga tahap kesabaranku. Datang meratib waktu berhargaku. bertanyakan sesuatu yang sangat kurang tidak relevan menunjukkan diri mereka yang kurang bijak.

Jenuh diri cuba untuk menjaga hati agar setiap kata tidak menyakitkan hati mereka. namun, hati aku siapa yang mahu memujuknya.

kepada Allah jualah aku mengadu segalanya.

membuatkan aku meluat dengan manusia yang punya waktu sela yang disia-siakan namun berulang kali merungut tugasan tidak disiapkan. tidak kurang yang sekadar mahu melepas diri mementingkan diri. menebalkan muka memohon salinan tugasan.

nasihat ku satu. andai tidak mampu memberikan komitmen jangan cuba untuk sama2 membazirkan duit membayar yuran pengajian jarak jauh.

Friday, March 7, 2014

RenCaNa aRi eSoK

bangun pagi-pagi untuk 
i) iron baju nak ke kelas
ii) buat sandwich for breakfast
iii)print cover assignment math
iv)kuar awal tuk gi withdraw duit(hope atm plg dekat x kehabisan duit lg)
v) isi minyak
vi) paling lewat pkl 6.45 dah di atas highway...sbb nak makan dulu sebelum test math..

Inilah kehidupan seorang aku yang amik Pjj...jarak masa dlm 45-sejam gak nak sampai ke Uitm Dungun dari Pekan Kuala Berang ni..

Ya Allah selamatkanlah perjalananku esok..permudahkan lah urusan ku..
tenangkan fikiranku dan berkatilah ilmu yang bakal ku pelajari esok..
hopefully boleh score tuk Test 2 Math..
chaiyo