officially class dah abis last 2 weeks..
baki2 tugasan perlu dilunaskan dalam masa terdekat paling tidak esok.
Dalam keadaan genting masa yang tidak kelihatan cukup, maka banyak sungguh dugaan datang mengusik jiwa dan tahap kesabaran.
Ada yang seakan mahu provoke dan menyakitkan hati. tidak kurang yang mengganggu gugat masa yang telah dirancangkan dengan teliti untuk tidak diganggu.
Masih ada manusia yang dijadikan Allah swt untuk menduga tahap kesabaranku. Datang meratib waktu berhargaku. bertanyakan sesuatu yang sangat kurang tidak relevan menunjukkan diri mereka yang kurang bijak.
Jenuh diri cuba untuk menjaga hati agar setiap kata tidak menyakitkan hati mereka. namun, hati aku siapa yang mahu memujuknya.
kepada Allah jualah aku mengadu segalanya.
membuatkan aku meluat dengan manusia yang punya waktu sela yang disia-siakan namun berulang kali merungut tugasan tidak disiapkan. tidak kurang yang sekadar mahu melepas diri mementingkan diri. menebalkan muka memohon salinan tugasan.
nasihat ku satu. andai tidak mampu memberikan komitmen jangan cuba untuk sama2 membazirkan duit membayar yuran pengajian jarak jauh.
No comments:
Post a Comment