Monday, April 28, 2014

Hari yang sungguh tidak best

Selama aku bekerja bertahun-tahun daripada sejak graduasi dan berkelana di beberapa buah negeri dan bandar-bandar besar. Rasernya tak pernah sekali lagi aku bersua dengan manusia yang aku jumpa di Opis sekarang ni. Negeri Darul Iman, ku kira penghuninya jika tidak penduduk tetap pemastautinnya seharusnya sopan dan mengikut syariat Islam. paling tidak menjaga adab dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Bukanlah aku seorang yang tinggi ilmu agama dan hukum hakam Allah. setitis dua ilmu mungkin ada terselit di akal fikiran kurniaan Tuhan Yang Esa. Tapi konsep mudah yang aku fahami sejak di bangku sekolah lagi, antara lelaki dan perempuan bukan muhrim tiadalah boleh bersentuhan kulit kerana itu adalah satu DOSA. Jika pelakunya seorang Lelaki dengan SENGAJA dan memang menunggu kesempatan yang ada untuk sesuka hati menyentuh seorang Perempuan, memang Lelaki itu sengaja mahu menambah koleksi DOSANYA. (mungkin pahalanya dah menggunung tinggi - itu perkiraan aku)

Lama dah aku perhatikan gelagat hamba Allah ni.. Dari suka mengusik-ngusik, buat-buat terlanggar tangan dan kadang-kadang tanpa segan silu mendepakan tangan di laluan seolah mahu memeluk. Pada mulanya aku tidak mahu usnuzon. bersangka baik lah sesama Muslim. Mungkin Hamba Allah ni mau bergurau. Tapi gurauan antara Lelaki dan Perempuan sememangnya ada batas. Bukan sesuka hati boleh bertepuk tampar. Kita semua ada anutan. Islam nama agama kita. Islam kah yang mengajar kita menjadi sedemikian rupa?

Sampaikan aku dah jatuh kategori dapat nervous shock setiap kali hamba Allah ni melintasi ruang tempat duduk aku kat pejabat. Setiap kali dia datang walaupun niatnya untuk menyerahkan dokumen sekalipun, aku memang dah agak pasti dia datang dengan niat mahu menyentuh pipi kalau tidak buat-buat aksi nak menyentuh di bahagian lain.

Dan hari ini dalam Sejarah, apabila hamba Allah yang sememangnya berusia dari aku tu datang dan tak semena-mena MEMEGANG TANGAN AKU. Well, mungkin pada sesetengah pandangan orang. 
" Alah, pegang tangan je pon, bukan luak ape"

Tapi pada aku, ya- pada aku yang telah diperlakukan oleh lelaki bukan muhrim dengan niat ape yang ada di kepalanya. ape aku rasa?

" Maruah aku sebagai perempuan Islam dicarik-carik oleh seorang yang Islam juga ku kira agamanya. Jangan disebabkan aku tidak punya suami sebagai pelindung dan dengan status perempuan bujang aku boleh diperlakukan oleh sesiapa dengan sesuka hati. Mungkin nampak kes nya kecil kerana cuma dipegang di bahagian tangan. Tapi kita tak tahu apa lagi yang berani dilakukan oleh Hamba Allah itu dilain waktu?. 

Aku hanya termampu meninggikan suara dan bertanyakan Hamba Allah itu kenapa memperlakukan aku sebegitu"

Pantas dia berlalu meninggalkan kawasan tempat dudukku dan juga teman ku yang tempat duduknya bertentangan denganku dan juga merangkap SAKSI kejadian.

Perlakuannya pada aku bukan kecil, tapi meninggalkan kesan trauma besar. Dia tidak meminta maaf. Dan tidak pula berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu. 

Ya, mungkin aku beremosi (kata sesetengah lelaki). Satu sahaja soalan aku kepada mereka-mereka ini. Andaikata saudara perempuan mereka diganggu sebegitu di pejabat, diluar pengawasan mereka. adakah mereka juga beranggapan itu perkara biasa, nakal seorang lelaki? Mereka rela saudara perempuan mereka diperlakukan sebegitu?

Kesan-kesan yang tidak nampak
  1. -gangguan emosi apabila terserempak di lain waktu (dibuatnya tgh solat sorg2 di surau Hamba Allah tu pon masuk surau..camne?
  2. -Tidak dapat fokus sekiranay diberi tugasan bersama
  3. -pandangan masyarakat/rakan sekerja yang sememangnya bakal menyalahkan perempuan bukannya pihak lelaki walopun lelaki yang menggatal.sementelaan lelaki berkenaan sudah berumahtangga. silap-silap yang perempuan ni pulak dituduh nak goda laki orang. Nauzubillah.


Sunday, April 27, 2014

kedekut taik hidung masin (org ckp la)

Dah lama dah aku duk perhatikan ramai betol jenama-jenama manusia yang sangat kedekut ilmu nak share dengan orang sekeliling yang rapat dengan dia.
Tak tahu lah ape masalahnya. Kalo yang jenis meniaga aku paham la (tapi kalo deme kedekut nak share cth: resepi masakan ke) agak2 berkat tak bisnes?
Jenis kalo resepi kita laju je tanye letak ape komen sana sini. tapo kalo yang dia aku rase dh dkt 4 thn aku tunggu dia ckp nanti dia share resepi..

mmg dasar taik idung masin la kan..
macam lah dia yg penat perah idea nak creat resepi tu. kalo kes mcm tudung Fareeda di paternkan tu aku phm la.. hasil cipta dia. ni resepi pon dia ceduk ntah mana2 or dptkan dari siapa. tapi kedekut benor nak share. 
kalo x nak share or x boleh share ckp je.. " ni resepi turun temurun nenek moyang saya. mmg x leh bitau org lain"

kami pon paham kalo serope itew kesnya.. ni idak. kami menunggu serupe nunggu bulan jatuh ke riba.. idak jugak jatuhnya...

dan tak lupe pada yang lain2 yang bukak blog share macam2 tips n petua nak buat kek ke ape ke sampai menjadi.. Banyak pahala korg bile ade yang di luar sana amik rsepi korg masak tuk suami dan anak2 dan jugak sedekah kat jiran2.. haaaa..nampak tak bile kite x kedekut.. pahala pon sampai di luar pengetahuan kita kan.. Subhanallah

Friday, April 25, 2014

APabila manusia tidak reti bahasa

Dah berulang kali diingatkan dan dinyatakan 
Im not interested with U
Saya x suke awak dan x akan suka awak sampai bila2..
Insyaallah hati saya tetap macam ni sampai akhir hayat.
Terima kasih sebab banyak tolong saya.


Pindah lagi??!!!

Oke today is his last day at Kuantan..
Pagi tadi bunyik sedih sangat kan..
baru tadi tgk gmbr kat FB eh eh eh macam seronok plak berjamuan ala2 YB Menteri layan rakyat jelata..
(mek emosi.. kih kih kih)
Yelah tadi bile kite cakap x dapat pegi Kuantan lemau je bunyik.. hiba je..
sampai kite pon x sampai ati...

tua2 jangan nak merajuk sangat lah pakcik oi..
oke then esok kalo ade yang sepsang Batek crepe, i'll buy for u for a gift sbb kene transfer.

eleh.. suke la kan sebab naik pangkat sebenarnya..
Alhamdulillah.

Saturday, April 12, 2014

Apabila mudahnya manusia mengukir janji

Mudah mula mereka memungkirinya
terkadang seperti layak ahli politik pula
bermain kata-kata melobi undi popular

kelaknya diri merana.......

Saturday, March 15, 2014

Kisah di hujung semester seorang pelajar EPJJ

officially class dah abis last 2 weeks..
baki2 tugasan perlu dilunaskan dalam masa terdekat paling tidak esok.

Dalam keadaan genting masa yang tidak kelihatan cukup, maka banyak sungguh dugaan datang mengusik jiwa dan tahap kesabaran.

Ada yang seakan mahu provoke dan menyakitkan hati. tidak kurang yang mengganggu gugat masa yang telah dirancangkan dengan teliti untuk tidak diganggu.

Masih ada manusia yang dijadikan Allah swt untuk menduga tahap kesabaranku. Datang meratib waktu berhargaku. bertanyakan sesuatu yang sangat kurang tidak relevan menunjukkan diri mereka yang kurang bijak.

Jenuh diri cuba untuk menjaga hati agar setiap kata tidak menyakitkan hati mereka. namun, hati aku siapa yang mahu memujuknya.

kepada Allah jualah aku mengadu segalanya.

membuatkan aku meluat dengan manusia yang punya waktu sela yang disia-siakan namun berulang kali merungut tugasan tidak disiapkan. tidak kurang yang sekadar mahu melepas diri mementingkan diri. menebalkan muka memohon salinan tugasan.

nasihat ku satu. andai tidak mampu memberikan komitmen jangan cuba untuk sama2 membazirkan duit membayar yuran pengajian jarak jauh.

Friday, March 7, 2014

RenCaNa aRi eSoK

bangun pagi-pagi untuk 
i) iron baju nak ke kelas
ii) buat sandwich for breakfast
iii)print cover assignment math
iv)kuar awal tuk gi withdraw duit(hope atm plg dekat x kehabisan duit lg)
v) isi minyak
vi) paling lewat pkl 6.45 dah di atas highway...sbb nak makan dulu sebelum test math..

Inilah kehidupan seorang aku yang amik Pjj...jarak masa dlm 45-sejam gak nak sampai ke Uitm Dungun dari Pekan Kuala Berang ni..

Ya Allah selamatkanlah perjalananku esok..permudahkan lah urusan ku..
tenangkan fikiranku dan berkatilah ilmu yang bakal ku pelajari esok..
hopefully boleh score tuk Test 2 Math..
chaiyo